Tuesday, August 11, 2009

cinta itu apa??


Adakah tapak tangan kita berpeluh, hati kita berdebar kencang dan suara kita tersekat di dada?


Itu bukan Cinta, itu SUKA.


Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?

Itu bukan Cinta, itu NAFSU.


Adakah kita menginginkannya kerana kita tahu ia ada di sana?

Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.


Adakah kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?

Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.


Adakah kita tetap mengatakan kita menyintainya kerana kita tidak ingin melukai hatinya?

Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.


Adakah kita menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hati kita melompat?

Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.


Adakah kita memaafkan kesalahannya kerana kita mengambil berat tentangnya?

Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.


Adakah kita mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kita fikirkan?

Itu bukan Cinta, itu DUSTA.


Adakah kita rela memberikan semua perkara yang kita senangi untuk kepentingan dirinya?

Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.


Tetapi...


Adakah kita tetap bertahan kerana campuran antara sakit dan gembira yang membutakan dan tak terfahami menarik kita mendekati dan tetap bersamanya?

Jika demikian, ITULAH CINTA.


Apakah kita menerima kesalahannya kerana itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?

Jika demikian, ITULAH CINTA.


Adakah kita tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?

Jika demikian, ITULAH CINTA.


Adakah kita menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?

ITULAH CINTA.


Adakah hati kita sakit dan hancur ketika dia bersedih?

ITULAH CINTA.


Adakah hati kita gembira ketika dia berbahagia?

ITULAH CINTA.


Adakah matanya melihat hati kita dan menyentuh jiwa kita begitu mendalam sehingga menusuk?

Yang demikian itulah namanya CINTA.

Jika ada, itu namanya cinta. Cinta suatu elemen hidup yg amat misteri dan tersendiri. Ia sentiasa wujud bersama berdenyutnya nadi. Tidak kira apakah seseorg itu sudah berusia ataupun masih teruna/dara, rasa cintanya tetap wujud. Usah sangka org yg sudah bongkok tiga sudah tidak memiliki cinta. Usah sangka org yg sudah kerepot sudah tiada cinta.

Jauh di dlm hati, cinta terus segar dan mewangi. Kita sudah dibungkus kebahagiaan, ada kalanya kita masih teringat si dia. Walaupun semuanya itu sudah bertahun berlalu, dia terasa begitu dekat. Kita masih ingat suaranya. Kita masih nampak senyum tawanya.

Kita masih terdengar-dengar gurau sendanya.Rasanya baru semalam berlalu. Tahu-tahu usia kita sudah menghampiri setengah abad. Sudah bertahun rupanya dia pergi meninggalkan kita atau kita yg pergi membawa kejujurannya.

Terkadang kita berasa sunyi dan mahu mendengar kembali semua yg pernah kita dengari dari mulutnya. Kita mahu dia mengulanginya. Namun tidak mungkin, lantaran kita sekarang sudah hidup dalam persekitaran yg kondusif dan eksklusif, tersendiri amat.

Wahai insan yang pernah bertakhta di hati, di manakah * saudara * sekarang? Apakah * saudara * juga sering teringatkanku sebagaimana saya sentiasa teringatkanmu? Kita sering tertanya-tanya, di manakah dia. Kita sering memujuk hati kita supaya menerima hakikat bahawa dia ‘telah tiada’. Tapi hati kita sukar hendak percaya. Ia terus teringat dan ia terus mereka-reka cerita. Pernah tak kita teringatkan seseorg dan kita amat merinduinya. Kita mahu segera berada disampingnya. Kita mahu dia mendengari kita? Itulah cinta namanya.

Misteri sungguh perasaan ini. Ia datang dan terus datang tanpa mempedulikan hakikat siapa kita lagi, dan siapa dia sekarang ini. Kita terus teringat dan terus teringat. Kita merindui suaranya, merindui gelak tawanya yg pernah kita simpan jauh di sudut hati kita. Kita ingin sekali mendengar kata-kata cintanya terucap lagi di telinga kita.

Itulah cinta. Ia misteri yg tidak pernah berjaya diberikan jawapan oleh manusia sejak dulu hingga kini. TUHAN menciptakan manusia bersama cinta dan kasih sayang. Bagaimanapun kita cuba menghilangkannya, ia tetap datang dan datang.

Andainya kita diberi kesempatan utk mengulangi semua kehidupan, ingin kita lakukan yg terbaik. Namun, itu hanyalah ilusi. Kehidupan yg telah pergi tidak mungkin berulang. Usia yang telah terguna tidak mungkin kembali. Urat telah timbul, kedut-medut di wajah telah jelas, tenaga semakin berkurangan, mata kian kabur, langkah semakin terhenti-henti, tapi hati masih mekar dan segar.

Wahai hati, sedarilah hidup ini pergi bersama sejarahnya. Sejarah yang telah berlalu tidak perlu diulangi. Biarkan ia kekal sebagai sejarah yg boleh dipelajari apa-apa teladan dan pengalaman daripadanya. Besok yg bakal dihadapi lebih perlu untuk dibina bersama besarnya tekad dan tingginya azam. Muncullah sebagai manusia yg gemilang lagi cemerlang.

Sunday, August 2, 2009

Krisis Demam

Ahaks....baru jew happy2 this week. tp sayangnya lemau balik cz terkena Virus Demam Menjangkit. Nasib bukan H1N1...kalu Idak stanby lew Insurance Indah nk Tuntut pampasan hehehheheh. mendoa sgt kan... tp alhamdulilah demam batuk biasa jew x la teruk sgt. cuma badan letih sgt lemah longlai....tp still control, demam2 pun keje lg
cz ada traning pasal system baru...so berkorban lew sikit.doakan pulih segera k